Klopp ingatkan Liverpool hormat Porto - Utusan Malaysia

Klopp ingatkan Liverpool hormat Porto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mac – Jurgen Klopp menegaskan, Liverpool tidak akan sesekali memandang rendah Porto selepas diundi menentang kelab Portugal itu pada suku akhir Liga Juara-Juara, hari ini.

Skuad bimbingan Klopp, akan beraksi menentang Porto sebagai pasukan pilihan untuk layak ke separuh akhir bertemu Barcelona atau Manchester United.

Liverpool membelasah Porto dengan keputusan agregat 5-0 di peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara, musim lalu, meledakkan kesemua lima gol di laman lawan sebelum diikat tanpa jaringan di Anfield.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang boleh saya katakan? Kita bercakap mengenai Porto dan kami pernah bermain di sana, kami tahu betapa bagusnya kami bermain tahun lalu. Pada hujung permainan memang pelik, ia bagus untuk kami, tetapi aneh. Dalam timbal balik kedua, kami dapat melihat perwatakan Porto dan kualiti yang mereka ada,” kata Liverpool kepada laman web kelab itu.

Dengan United menentang Barca dan Tottenham berdepan Manchester City dalam satu lagi suku akhir, Liverpool kelihatannya mendapat undian mudah berbanding tiga lagi pasukan Liga Perdana Inggeris.

Namun, bos Reds, Klopp nekad untuk mematikan skuad bimbingannya menghormati Porto apabila mereka tiba di Merseyside untuk timbal balik pertama, bulan depan.

“Saya tidak mahu memikirkan terlalu jauh bahawa undian yang kami peroleh ini adalah satu laluan mudah, sedangkan ia tidak sama sekali. Ia hanya undian, kami perlu membuat persediaan menentang mereka dan itu sahaja yang kami mahu fikirkan,” katanya.

Liverpool berharap dapat memperbaiki pencapaian mereka berbanding musim lalu, setelah Reds tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Mereka juga sedang bersaing bagi merebut gelaran sulung di peringkat domestik sejak 1990. Namun, Klopp enggan memandang terlalu jauh dan memberi amaran kepada para pemainnya bahawa Porto terdesak untuk membalas dendam di atas kekalahan mereka, tahun lalu.

“100 peratus (ia akan memberi mereka motivasi tambahan). Porto tidak berada dalam senarai yang saya mahukan, tetapi mereka adalah lawan kami sekarang. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memastikan semua orang hormat kepada pasukan lawan dan kami pula akan memberikan 100 peratus.

“Kami tahu kualiti yang dimiliki Porto dan kami perlu beraksi dalam perlawanan tersebut,” kata Klopp. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini