Cannavaro jurulatih baharu China - Utusan Malaysia

Cannavaro jurulatih baharu China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 15 Mac – Kapten Itali ketika muncul juara Piala Dunia 2006, Fabio Cannavaro hari ini diumumkan sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan China.

Bekas tonggak pertahanan berusia 45 tahun itu akan menggalas dua tanggungjawab iaitu membimbing skuad kebangsaan dan gergasi Liga Super China, (CSL), Guangzhou Evergrande, sekali gus menjadikannya figura paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak China.

Dia mengambil alih tugas tersebut daripada mentor yang juga rakan senegara, Marcello Lippi, jurulatih yang bertanggungjawab membawa Itali muncul juara dunia 2006.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lippi, 70, akan bertindak sebagai penasihat di bawah barisan kejurulatihan baharu, umum Persatuan Bola Sepak China (CFA).

Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada Cannavaro bakal membimbing skuad kebangsaan untuk tempoh sementara atau tetap.

Tugasan pertama bekas bintang Juventus, Real Madrid dan Inter Milan itu bersama skuad kebangsan China adalah mereka menjadi tuan rumah Piala China yang bermula, Khamis depan.

China akan memulakan kempen dengan menentang Thailand, sebelum bertemu Uruguay dan Uzbekistan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini