Golf: Kobayashi rampas kedudukan pendahulu - Utusan Malaysia

Golf: Kobayashi rampas kedudukan pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Pemain Jepun, Shintaro Kobayashi memperoleh dua eagle bagi mencatat 10 bawah par 62 untuk mendahului satu pukulan ke atas rakan senegara, Kazuki Higa selepas pusingan ketiga Kejohanan Golf PGM Johor ADT, hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu menampilkan aksi cemerlang apabila membuat dua eagle dan lapan birdie serta dua bogey untuk mengumpul jumlah catatan 16 bawah par 200, sekali gus merampas kedudukan pendahulu daripada Kazuki.

Pada saingan di Palm Resort Golf (amp) Country Club di Senai, Johor, wakil negara, Ben Leong masih kekal kedudukan di tangga ketiga selepas merakamkan tiga bawah par 69 untuk mengumpul jumlah 203 pukulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan diiktiraf bersama Jelajah Pembangunan Asia (ADT) dan Persatuan Profesional Malaysia (PGM) itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM225,000. – BERNAMA

Pendahulu Pusingan Ketiga:

200 – Shintaro Kobayashi (JPN) 71-67-62

201 – Kazuki Higa (JPN) 68-65-68

203 – Ben Leong (MAS) 65-69-69

204 – Suttijet Kooratanapisan (THA) 68-66-70, Kerry Sweeney (USA) 67-66-71

205 – Reo Hiruta (JPN) 68-68-69, Naoki Sekito (JPN) 69-67-69

206 – Joo Hyung Kim (KOR) 68-70-68

207 – Shinichi Mizuno (JPN) 70-70-67, Shahriffuddin Ariffin (MAS) 71-67-69, Shaifubari Muda (MAS) 70-70-67, Ryuichi Oiwa (JPN) 68-73-66, Kasidit Lepkurte (THA) 70-69-68

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini