KUALA LUMPUR 15 Mac – Perseorangan lelaki profesional, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton China Masters, hari ini.
Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum menang 13-21, 21-9, 21-12 ke atas pemain bukan pilihan dari Taiwan, Yang Chih Chieh.
Keputusan itu menyaksikan dia akan berdepan cabaran pemain China, Liu Haichao yang mengetepikan cabaran rakan senegaranya, Gao Zhengze 21-13, 21-10.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, pasangan beregu lelaki profesional, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen akan membuat perhitungan bersama pilihan kelima dari China, Di Zijian-Wang Chang bagi mencari slot ke saingan empat terbaik, sebentar lagi.-UTUSAN ONLINE











