Jangan sebar, kongsi video insiden tembakan di masjid Christchurch - Utusan Malaysia

Jangan sebar, kongsi video insiden tembakan di masjid Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mac – Orang ramai diingatkan tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang berlaku hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaya (SKMM) dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa yang sama, pihak SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada pukul 1.40 petang waktu tempatan hari ini, dilaporkan berlaku insiden tembakan di Masjid Al-Noor dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 40 nyawa.

Insiden itu turut dilaporkan menyebabkan 20 orang cedera.

Sementara itu menurut kenyataan berkenaan, tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

Pada masa sama, tambahnya, SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.

“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“SKMM memandang serius perkara ini dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini