Pemandu teksi didakwa rogol, amang seksual anak kandung - Utusan Malaysia

Pemandu teksi didakwa rogol, amang seksual anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 14 tahun sejak lapan tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja enam pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya sebanyak dua kali ketika mangsa berumur 11 tahun dan terbaharu pada cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum lapan dan maksimum tahun 30 tahun serta sekurang-kurangnya 10 sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Tertuduh Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa sama dalam empat pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua tindakan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Semabok Jaya di sini sejak November 2011 hingga Februari 2019.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Hayatul Wirdah Mohd. Yunos memohon tiada sebarang jaminan diberikan dengan alasan perbuatan terkutuk tertuduh itu telah dilakukan sejak mangsa berusia enam tahun, selain bimbang akan menganggu remaja itu ekoran mereka tinggal di rumah yang sama.

Tambahnya, bagaimanapun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.

Elesabet kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 18 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini