21 bahan kimia dikesan di Taman Eng Ann, Klang - Utusan Malaysia

21 bahan kimia dikesan di Taman Eng Ann, Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sebanyak 21 bahan kimia dikesan dalam kolam takungan banjir di Taman Eng Ann di sini selepas pihak berkuasa membuat analisa ke atas sampel sisa kimia yang diambil dari kawasan terbabit semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim berkata, bagaimanapun enggan mendedahkan terperinci bahan kimia itu kerana masih dalam siasatan terperinci pihak berkaitan. 

“Hasil ujian yang dilakukan di makmal Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kerajaan, kita kesan terdapat 21 bahan kimia di dalam sampel yang telah diambil dari kolam takungan banjir itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya. Buat masa ini, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengetuai misi pembersihan sisa kimia ini,”katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini. 

Tambah Chang Kim, usaha-usaha pembersihkan akan dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk menggunakan kaedah ‘oil bomb’ dan ‘oil pack’ iaitu bagi memerangkap dan menyedut sisa bahan kimia tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini