Cheng Hoe resah Swirad cedera - Utusan Malaysia

Cheng Hoe resah Swirad cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSIAPAN skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala Airmarine 2019 sedikit terjejas selepas pemain pertahanan berdarah campuran, Nicholas Swirad berdepan kecederaan selepas sesi latihan pusat hari kedua di Bukit Jalil semalam.

Bagaimanapun, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yakin pemain tersebut mampu pulih sepenuhnya dalam masa terdekat apabila dimaklumkan kecederaan tersebut tidak begitu serius.

“Buat masa ini, hanya Swirad yang berdepan masalah kece­deraan iaitu kekejangan otot selepas sehari menjalani latihan bersama pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas membuat pe­meriksaan, pasukan perubatan memaklumkan kece­deraannya tidak begitu serius.

“Mengikut maklumat yang diberikan, Swirad hanya mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“Selepas ini, dia mampu turun menjalani latihan seperti biasa bersama pemain lain sebelum berdepan Singa­pura pada 20 Mac ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Bukit Jalil semalam.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bakal menghadapi­ dua perlawanan pada Piala Airmarine 2019 iaitu bertemu Singapura pada 20 Mac ini dan Oman atau ­Afghanistan pada 23 Mac di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini