Maut selepas prosedur pemindahan rambut - Utusan Malaysia

Maut selepas prosedur pemindahan rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI 15 Mac – Seorang lelaki India meninggal dunia kerana menghidap tindak balas alergi selepas dilaporkan menjalani prosedur pemindahan rambut (hair transplant).

Daily Mail memetik The Times of India melaporkan, K.C. Shrawan menjalani prosedur tersebut di sebuah klinik swasta dekat sini semalam.

Lelaki berusia 43 tahun yang mengusahakan firma logistik itu meninggal dunia selepas 12 jam prosedur itu dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang didakwa menyembunyikan rawatan itu daripada pengetahuan ahli keluarganya telah membayar 500,000 rupee untuk kos pemindahan rambut.

Doktor yang melakukan prosedur berkenaan memberitahu polis bahawa mangsa memintanya melakukan 9,000 ‘tembakan’ rambut pada kepalanya, tiga kali ganda daripada prosedur yang disyorkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini