LONDON 15 Mac – Pierre-Emerick Aubameyang menjadi bintang pujaan penyokong Arsenal hari ini apabila dua gol jaringannya membantu Gunners bangkit untuk menempah slot suku akhir Liga Europa dengan agregat 4-3 selepas menewaskan Rennes 3-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Dalam perlawanan tersebut kelab Ligue 1, Rennes beraksi dengan kelebihan 3-1 daripada perlawanan 16 akhir pertama namun semuanya berubah apabila Aubameyang dan Ainsley Maitland-Niles berjaya menyamakan kedudukan agregat pada separuh masa pertama.
Beraksi di laman sendiri memberi kelebihan berganda buat Arsenal malah memanfaatkannya dengan baik apabila berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi Aubameyang pada minit ke-72. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…










