Pembersihan Sungai Kim Kim bermula - Utusan Malaysia

Pembersihan Sungai Kim Kim bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 14 Mac – Kerja-kerja pembersihan sisa toksik di Sungai Kim Kim di sini bermula petang ini dengan menggunakan dua jengkaut bagi mengorek tebing sungai yang terjejas.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati pihak kontraktor bersama-sama agensi terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula membuat kerja pembersihan pukul 4.15 petang.

Sebelum itu, pihak bomba yang mendapat sokongan pa­sukan di negeri lain turun ke lokasi kejadian bagi mengambil bacaan tahap radiasi bahan toksik menggunakan alat ‘analysis gasmet’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi kerja pembersihan, sebuah jengkaut digunakan bagi mengorek tanah di tebing sungai sebelum diletakkan dalam sebuah beg plastik untuk dibawa ke pusat pelupusan.

Dianggarkan kira-kira 20 individu yang lengkap berpakaian keselamatan dan topeng mulut mengendalikan tanah yang dikorek.

Ketika kerja pembersihan dilakukan, agensi swasta yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan kebersihan dan bahan kimia turut terlibat bagi menggunakan alat ‘aerial gas monitoring’ bagi mengesan kehadiran gas metana.

Difahamkan, selepas kerja mengorek tebing sungai selesai, operasi akan diteruskan dengan mengorek kawasan sungai yang sudah ditanda dan dikenal pasti tercemar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini