Peniaga India boikot barangan China - Utusan Malaysia

Peniaga India boikot barangan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 14 Mac – Konfederasi Pedagang India hari mendesak supaya memboikot barang-barang keluaran China susulan negara itu sekali lagi menangguhkan langkah untuk menyenarai hitam pemimpin Jaish-e-Mohammed (JeM).

Reuters melaporkan, China sudah beberakali menggagalkan usaha untuk menyenaraikan Masoos Azhar senarai sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Konfederasi yang mewakili 70 juta peniaga itu memberitahu akan membakar barangan China pada 19 Mac depan sebagai memberi pengajaran kepada negara terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tiba masanya untuk China menderita kerana menyebelahi Pakistan.

“Kita telah melancarkan kempen kebangsaan untuk memboikot barang-barang China dalam kalangan komuniti perdagangan dalam negara ini,” kata konfederasi tersebut dalam satu kenyataan hari ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini