Pencemaran: Tiada keperluan isytihar darurat - PM - Utusan Malaysia

Pencemaran: Tiada keperluan isytihar darurat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat keatas insiden pencemaran sisa kimia di sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.

Beliau berkata, insiden terbabit belum sampai ke tahap kritikal sehingga kerajaan perlu mengisytiharkan darurat serta memindahkan penduduk di sekitar kawasan yang terjejas.

“Keadaan ini belum sampai ke tahap itu, sehingga kita perlu isytiharkan darurat, tetapi apa yang perlu ialah pihak yang bertugas bersiap sedia untuk menghadapi masalah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan keatas mangsa-mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri  Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan tindakan pihak yang berkenaan dalam menangani isu pencemaran ini.

“Melalui taklimat yang diterima sebentar tadi, pelbagai pihak yang ditugaskan menangani isu ini telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

“Walaupun kes sebegini tidak berlaku, kita lihat pihak hospital dapat menanganinya dengan cekap dan berhasil,” katanya. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini