Buruh maut motosikal dirempuh lori - Utusan Malaysia

Buruh maut motosikal dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 14 Mac – Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori di kilometer 24, Jalan Tok Kah-Jerangau, berhampiran Kampung Pasir Lawang di sini, hari ini.

Mangsa, Wan Husin Wan Hassan, 55, yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Felda Jerangau.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan ke Dungun dikatakan keluar dari simpang tiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dalam masa yang sama sebuah lori yang dipandu Mohamad Shamsul Baharin Zainal, 36, dari arah Jerangau ke Tok Kah merempuh motosikal ditunggangi mangsa.

“Akibat perlanggaran itu mangsa tersepit di bawah lori sebelum keluarkan oleh penduduk kampung.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, mangsa telah pun meninggal dunia, “ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini