Kerajaan pertimbang bida Sukan Asia 2030 - Utusan Malaysia

Kerajaan pertimbang bida Sukan Asia 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Kementerian Belia dan Sukan sedia menyokong hasrat membida hak penganjuran Sukan Asia 2030 seperti yang disuarakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau telah meminta pihak terbabit mengemukakan kertas cadangan dalam masa terdekat untuk dibawa kepada perhatian jemaah menteri.

“Bukan sahaja melihat daripada aspek Sukan Asia 2030, tapi juga Sukan Komanwel 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kertas cadangan itu akan diserahkan kepada saya dan saya akan bangkitkan isu ini pada jemaah menteri untuk diperhalusi dan dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas sesi townhall KBS-BAM di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara hari ini.

Walaupun menyedari kos bidaan mungkin menelan kos tinggi, Syed Saddiq berkata kesemua perkara itu akan diambil kira dan akan dibincangkan sebelum persetujuan diberikan kerajaan.

“Kita akan mengambil kira semua aspek khususnya mengenai kewangan. Kita akan perhalusi sebelum mengambil tindakan susulan,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini