Sindiket judi online tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket judi online tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Polis menahan lapan warga Indonesia termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam sindiket judi online menerusi serbuan di sebuah rumah di Lingkaran SV3, Cheras, di sini semalam.

Serbuan Op Dadu tersebut dijalankan oleh sepasukan polis daripada Unit Pencegahan Perjudian (D7A), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada pukul 3.50 petang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua suspek berusia antara 23 dan 38 tahun berkenaan berperanan sebagai operator perjudian online.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sindiket yang menyasarkan pemain judi dari Indonesia ini telah beroperasi sejak tujuh bulan lalu dan dipercayai mampu mengaut keuntungan kira-kira 20 juta rupiah (RM6,000) sehari.

“Mereka menggunakan laman web www.sunday999.com (SBOBET) dan menawarkan judi bercirikan ‘sport games,’ ‘slot games’ dan ‘table games,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohaimi memaklumkan, kegiatan sindiket ini dipercayai didalangi oleh seorang lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai penyelia dan turut menguruskan sewa premis tersebut.

“Kita turut merampas beberapa set komputer lengkap serta modem. Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini