KUALA LUMPUR 14 Mac – Sebuah bengkel dan rumah di Kampung Kovil, Batu 2 1/2 Jalan Ipoh, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.21 petang sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila tiba di lokasi, didapati sebuah bengkel mengecat kenderaan dan sebuah rumah kediaman separuh kekal telah terbakar 90 peratus.
“Pasukan bomba telah melakukan operasi memadam kebakaran dan berjaya menyelamatkan sebuah bengkel dan dua buah rumah kediaman berdekatan daripada turut terbakar. Kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 4.33 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











