Himpunan LGBT: Enam diambil keterangan - Utusan Malaysia

Himpunan LGBT: Enam diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Enam individu termasuk penganjur himpunan sempena Hari Wanita Sedunia yang turut disertai sekumpulan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Dataran Merdeka, di sini Sabtu lalu telah hadir memberi keterangan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, selain itu, pihaknya akan memanggil tiga lagi individu iaitu saksi ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita memberi jaminan kes ini akan diselesaikan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Isnin lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengenai himpunan itu dan pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Sabtu lalu, kira-kira 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan berkenaan bermula berhampiran kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Masjid Jamek di sini

Difahamkan, acara itu telah disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS), aktivis serta pelajar.

Perhimpunan juga didakwa disertai penyokong LGBT yang antara lain membawa bendera warna pelangi selaku simbol golongan terbabit.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini