Rumah banglo dijadikan pusat judi online - Utusan Malaysia

Rumah banglo dijadikan pusat judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA – Modus operandi sindiket perjudian atas talian yang berselindung disebalik rumah mewah bagi mengaburi mata pihak berkuasa dibongkarkan selepas pihak polis menahan 19 individu warga asing dalam satu serbuan di sebuah rumah banglo di Taman Hill View di sini semalam.

Serbuan pukul 9.30 malam yang diketuai Asisten Superintendan Suhairon Abdullah itu turut mendedahkan sindiket berkenaan mampu memperoleh wang pertaruhan RM250,000 hingga RM300,000 setiap hari.
 
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Nazdri Hussain berkata, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini sudah beroperasi sejak dua bulan dan menggunakan aplikasi WeChat bagi proses transaksi bayaran dan komunikasi untuk menarik kaki judi melakukan pertaruhan.

“Dalam serbuan itu, kita menahan 19 warga China berusia 23 hingga 50 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu dijadikan asrama mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut dirampas, 36 set komputer dan 39 telefon bimbit serta beberapa peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian atas talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini