[VIDEO]Judi online : 14 warga Indonesia ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO]Judi online : 14 warga Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac- Polis menahan 14 warga Indonesia dipercayai terlibat dengan sindiket judi dalam talian menerusi serbuan di sebuah rumah kedai di Solaris Dutamas, di sini kelmarin.

 

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, kesemua suspek berusia 21 hingga 33 tahun ditahan oleh sepasukan pegawai polis dari Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah Sentul.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil siasatan mendapati sindiket yang telah bergerak aktif sejak enam bulan lalu menjadikan premis berkenaan sebagai pusat operasi dan panggilan untuk kegiatan itu.

Menurutnya, sindiket mensasarkan pelanggan dari negara Indonesia.

“Siasatan lanjut mendapati sindiket meraih keuntungan mencecah RM300,000 sebulan serta wang pertaruhan RM1.5 juta untuk tempoh sama.

“Kita sedang mengenal pasti dalang sindiket dan menyiasat sama ada wujudnya penglibatan warga tempatan dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mazlan, pihaknya turut merampas 15 komputer; tujuh komputer riba; 110 telefon bimbit pelbagai jenama; 144 alat transaksi; empat modem; lima kabel dan tiga kunci serta jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM100,000.

Ujarnya, kesemua suspek kini direman 14 hari bermula kelmarin hingga 26 Mac ini.

“Kes disiasat Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini