Saravanan kata beliau malu setiap kali Jelutong mencelah - Utusan Malaysia

Saravanan kata beliau malu setiap kali Jelutong mencelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 MAC – RSN Rayer (PH-Jelutong) sememangnya terkenal sebagai ‘budak nakal’ dalam Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Oleh sebab terlalu kerap ‘mengacau’ ucapan perbahasan Ahli Parlimen lain, pemimpin DAP itu terpaksa ditegur Datuk Seri M. Saravanan (BN-Tapah) dengan ‘ayat pedih’.

“Saya setiap kali Yang Berhormat bangun, saya malu sebagai Ahli Parlimen India, tahu?” katanya ketika membahaskan titah diraja dalam Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Saravanan, Rayer sering membangkitkan isu skandal rasuah yang masih dalam siasatan dalam Dewan Rakyat, seolah-olah tiada perkara lain yang boleh dibangkitkan.

“Hari ini kerajaan diperintah oleh Pakatan Harapan (PH), silalah buat laporan dan ambil tindakan mengikut peraturan sedia ada. Kenapa setiap kali nak gunakan dewan ini?

Sebelum itu, Rayer mencelah perbahasan dengan meminta Saravanan sebagai wakil MIC memberi penjelasan tentang isu wang hasil saham Maika Holdings yang didakwa masuk ke akaun peribadi Setiausaha Agung MIC, S. Vell Paari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini