120 calon SPM YIK dapat semua A - Utusan Malaysia

120 calon SPM YIK dapat semua A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Mac – Sebanyak 4,649 calon sekolah agama kerajaan negeri, Yayasan Islam Kelantan (YIK) atau 94.55 peratus daripada 4,917 calon lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 2.74 peratus berbanding tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 120 calon berjaya memperolehi 9A hingga 12A serta 27 calon mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhannya, seramai 4,917 calon YIK telah menduduki peperiksaan SPM 2018 dan daripada jumlah berkenaan, seramai 4,649 calon layak mendapat sijil (lulus).

“Manakala seramai 229 calon memperoleh penyata keputusan serta 39 calon gagal dalam semua mata pelajaran, “ katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut di Pejabat YIK, Nilam Puri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Fadzli berkata, sebanyak sembilan buah sekolah telah mencatatkan keputusan kelulusan 100 peratus.

“ Keputusan cemerlang ini menunjukkan pelajar di bawah YIK juga mampu bersaing dengan pelajar aliran biasa dalam bidang akademik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini