Anggota TLDM maut motosikal langgar pokok - Utusan Malaysia

Anggota TLDM maut motosikal langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 14 Mac – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Kanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok di Kilometer 6, Jalan Ayer Tawar-Sitiawan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kemalangan pada pukul 7.15 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Fadzli Othman, 36, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dari arah Ipoh menghala ke Lumut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Motosikal yang ditunggang oleh mangsa hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok. Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini