Anak buruh dapat 9A+ - Utusan Malaysia

Anak buruh dapat 9A+

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Mac – Keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib keluarga menjadi pendorong utama kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) untuk mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan hari ini.

Pelajar itu, Muhammad Hafizuddin Mohd Norwawi, 18, yang mendapat 9A+ dalam peperiksaan itu berkata, prinsip dirinya adalah hanya dengan pelajaran mampu mengubah nasib keluarga ke arah lebih baik.

“Saya dilahirkan dalam keluarga yang tidak bekermampuan, bapa saya, Mohd Norwawi Awang, 49, hanya bekerja sebagai buruh di kilang kayu bagi menyara saya lima beradik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Azam saya sebagai abang sulung adalah berjaya dalam pelajaran dan memperoleh pekerjaan yang baik di masa hadapan, “ katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2018 di SMSTMFP di sini hari ini.

Muhammad Hafizuddin berkata, dia hanya memperoleh 7A 2A- dalam peperiksaan namun berusaha bangkit untuk lebih berjaya pada peperiksaan sebenar.

“Saya tidak sangka akan mendapat 9A+ dalam SPM, azam saya tercapai. Saya hanya fokus dengan apa yang diajar oleh cikgu di dalam kelas.

“Saya amat bersyukur dengan kejayaan ini, terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi nasihat untuk terus capai azam ubah nasib keluarga, “ ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini