SEOUL 14 Mac – Seorang lagi artis K-pop, Yong Jun-hyung berhenti setelah mengaku menonton rakaman video seks yang diterima daripada rakan artisnya, hari ini.
Ahli kumpulan Highlight berusia 29 tahun itu berkata, dua menonton video penyanyi Jung Joon-young melakukan hubungan seks yang dirakam tanpa kebenaran wanita berkenaan.
Menurut agensi Jun-hyung, Around Us Entertainment dalam kenyataan hari ini, artis itu telah menonton rakaman berkenaan… dan telah berbual tidak sopan dengan rakan artis, Jung Joon-young.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, Joon-young mengumumkan persaraan daripada dunia hiburan selepas bintang K-pop, Seungri yang bertindak sama setelah disiasat dalam jenayah pelacuran kepada pelabur asing. – AFP











