SPM: Pelajar dapat semua A di Johor menurun - Utusan Malaysia

SPM: Pelajar dapat semua A di Johor menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jumlah pelajar di negeri ini yang memperolehi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi gred A dalam semua subjek menurun kepada 940 orang pada tahun 2018 berbanding 1,045 pelajar yang direkodkan pada tahun 2017.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, daripada jumlah 940 pelajar yang gred A dalam semua subjek, 16 daripadanya memperolehi keputusan terbaik dengan rekod gred A+ untuk semua jenis subjek.

“Jumlah pelajar yang mendapat keputusan terbaik dengan rekod gred A+ dalam semua subjek turut menurun berbanding 24 pelajar pada tahun 2017.

“Pada tahun lalu, seramai 52,418 calon mengambil SPM. Jumlah tersebut sedikit berkurangan berbanding tahun 2017 yang merekodkan seramai 55,672 pelajar,” katanya di Maktab Sultan Abu Bakar di sini, hari ini. 

Azman bagaimanapun berkata, jumlah Gred Purata Negeri (GPN) bagi negeri Johor pada tahun 2018 masih sama iaitu 4.81 dengan pencapaian pada tahun 2017.

“Johor merekodkan peningkatan menerusi GPN dalam tempoh tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2015 dan ia merupakan rekod terbaik bernbanding Gred Purata Nasional yang direkodkan iaitu 4.95,” katanya. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×