Minta pengusaha kilang tidak buang bahan sisa baharu - Utusan Malaysia

Minta pengusaha kilang tidak buang bahan sisa baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pengusaha-pengusaha kilang yang memiliki sebatian kimia berbahaya seperti yang terdapat di Sungai Kim Kim diminta supaya tidak panik dan bertindak membuang sisa tersebut.

YEO BEE YIN
YEO BEE YIN 

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, permintaan itu termasuk kepada pengusaha yang tidak mematuhi undang-undang.

Kata beliau, langkah itu penting kerana fokus utama kementerian ketika ini memastikan tiada sumber sisa bahan kimia baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pegawai penguat kuasa sedang membuat pemeriksaan di kliang-kilang terlibat dan kalau mereka didapati tidak mematuhi undang-undang, jangan takut dan buang sisa kimia itu.

“Buat masa ini sebanyak lapan kilang telah diperiksa dan mereka tidak akan berdepan dengan sebarang masalah jika bahan kimia itu masih berada dalam simpanan.

“Kita akan tengok pada kilang-kilang yang sudah tidak ada sisa berkenaan. Premis itu akan disiasat lebih lanjut bagi memastikan ia tidak dibuang merata-rata,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini