227 calon SPM di Melaka dapat semua A - Utusan Malaysia

227 calon SPM di Melaka dapat semua A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 14 Mac – Sebanyak 227 pelajar daripada keseluruhan 12,371 calon sekolah Kementerian Pendidikan yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di negeri ini mendapat keputusan gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, daripada jumlah tersebut, enam calon mendapat keputusan semua A+ termasuk lima mendapat 10A+ dan seorang 9A+.

Menurutnya, jumlah calon cemerlang yang mendapat semua A+ bagaimanapun menurun tiga orang berbanding sembilan calon yang mendapat keputusan sama pada tahun sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari segi peratusan calon yang layak mendapat sijil iaitu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pula, jumlahnya meningkat 0.8 peratus kepada 87.8 peratus berbanding 87 peratus pada 2017.

“Dengan hampir 98.6 peratus sekolah di negeri ini mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik dari 6.75 telah membantu meningkatkan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 5.0 pada 2017 kepada 4.96 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengumumkan Keputusan Rasmi Peperiksaan SPM 2018 Sekolah-sekolah Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri, Bukit Baru di sini sebentar tadi.

Jelasnya, jumlah itu bagaimanapun tidak melibatkan calon-calon persendirian, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pusat Giat Mara dan Tahfiz Al-Quran Pulau Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini