Cikgu sekolah memandu cabul pelajar, dijel 5 bulan - Utusan Malaysia

Cikgu sekolah memandu cabul pelajar, dijel 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang guru sekolah memandu dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan pelajarnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Faris Johar, 27, turut didenda RM4,000 atau 10 bulan penjara, jika gagal membayar denda berkenaan.

Majistret Noor Aisyah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah, mencabul kehormatan seorang wanita berusia 22 tahun (ketika kejadian) dengan cara meramas buah dada, memegang bahu, peha serta tangan, dalam kereta di hadapan pusat latihan memandu di Jalan Adda Height di sini, kira-kira pukul 3 petang, 30 April 2017.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Selepas hukuman dijatuhkan, peguam Iskandar Shah Ibrahim dan R Subash yang mewakili tertuduh memohon untuk penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan itu atas bantahan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.

Perbicaraan yang berjalan sejak 2017 dengan tiga saksi pendakwaan dikemukakan dan dua saksi pembelaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini