Sanggup lalui perjalanan jauh untuk beli-belah di IKEA Batu Kawan - Utusan Malaysia

Sanggup lalui perjalanan jauh untuk beli-belah di IKEA Batu Kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN 14 Mac – Jarak lebih 300 kilometer dari Kampung Jong, Gerik, Perak ke IKEA di sini tidak menjadi penghalang buat tiga saudara untuk menjadi antara pelanggan terawal membeli-belah di

gedung perabot terkemuka dari Sweden itu.

Jahziah Mohd. Hamid, 68, bersama adik, Normah Kechot, 55, dan anak saudara, Norlaili Hussin, 50, sanggup melalui jarak perjalanan yang jauh dengan kereta dan menyewa hotel berhampiran Batu Kawan untuk memastikan mereka tiba di IKEA seawal pukul 7 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jahziah berkata, mereka beratur di pintu masuk IKEA pada pukul 7 pagi hari dan menunggu selama tiga jam sebelum dapat memasuki gedung beli-belah tersebut yang dibuka pukul 10 pagi tadi.

“Kami sekeluarga memang minat dengan barangan IKEA, di mana sahaja gedung kelengkapan rumah ini dibuka kami akan pergi termasuk di Johor.

“Kadang-kadang kami hanya seronok melihat reka bentuk barangan dan perabot sahaja dan lokasi ini menjadi tempat kami sekeluarga berkumpul,” katanya ketika ditemui di IKEA, di sini hari ini.

IKEA Batu Kawan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, manakala restoran IKEA akan mula beroperasi pada pukul 9.30 pagi.

Dalam pada itu, Normah berkata, dia teruja apabila dapat menjadi antara pelanggan terawal meninjau gedung kelengkapan perabot terkemuka tersebut di kawasan utara.

“Saya suka melihat barang kelengkapan rumah dan perabot yang unik di sini.

“Kadang-kadang saya hanya beli bekas-bekas kecil dan unik sahaja apabila datang ke sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini