Pencemaran: Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim - Utusan Malaysia

Pencemaran: Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Kerja-kerja pembersihan sungai dijangka akan bermula dalam masa terdekat bagi membersihkan Sungai Kim Kim yang dicemari bahan toksik, Khamis lalu.

Tinjauan Kosmo! Online di lokasi kejadian mendapati Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar bersama kontraktor yang dipertanggungjwabkan berada di lokasi sejak pukul 9 pagi tadi.

Kira-kira pukul 10 pagi tadi, pasukan terlibat sudah melakukan kerja ‘plotting’ iaitu kerja-kerja mencari dan menanda tempat yang perlu dibersihkan sepanjang 1.5 kilometer hingga ke hulu sungai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, kerja-kerja pembersihan dan mengorek sisa toksik itu akan dilakukan pada petang ini membabitkan kira-kira 20 anggota daripada pelbagai agensi.

Kes pencemaran sisa toksik yang berlarutan sejak 7 Mac lalu telah menyebabkan seramai 947 orang awam dan pelajar sekolah dirawat di hospital berhampiran sementara 111 buah sekolah dalam Pasir Gudang ditutup. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini