JAKARTA 14 Mac – Sambil menyifatkan 14 April ini, sebagai hari kemerdekaan kepada Indonesia yang bakal bebas daripada cengkaman pemerintah terdahulu, Calon Presiden (Capres) Indonesia nombor dua, Prabowo Subianto mengajak seluruh rakyat negara itu supaya datang beramai-ramai untuk menjaga Tempat Pemungutan Suara (TPS) daripada berlaku sebarang penipuan.
“Nanti pada 17 April ini (Pilihan Raya Presiden), semua datang beramai-ramai dengan membawa tikar, lontong, ketupat dan arem-arem.
“Anggap sajalah, 17 April ini sebagai hari kemerdekaan kepada Indonesia,” katanya dalam kenyataan bertulis di Mega Wisata Ocarina, Batam, di sini semalam. -REPUBLIKA
Memuatkan artikel berkaitan…











