Parlimen: Larangan remaja keluar waktu malam belum sesuai dilaksanakan - Utusan Malaysia

Parlimen: Larangan remaja keluar waktu malam belum sesuai dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpendapat larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, keadaan itu disebabkan beberapa faktor termasuk ketiadaan ibu bapa di rumah untuk memantau anak mereka kerana melaksanakan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung kos sara hidup.

“Terdapat juga keperluan untuk kanak-kanak berada di luar rumah pada waktu malam seperti kelas tuisyen, aktiviti sukan dan agama di surau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat juga kanak-kanak yang bekerja bagi membantu menyara keluarga daripada segi sosio ekonomi seperti yang dibenarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke atas kerana pendidikan sekunder kita juga belum diwajibkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datin Paduka, Dr. Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu keputusan kerajaan berhubung cadangan perintah berkurung kepada remaja di bawah umur 18 tahun seperti yang dinyatakan awal tahun ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini