Polis Selangor kesan 115 individu berkaitan jenayah komersial - Utusan Malaysia

Polis Selangor kesan 115 individu berkaitan jenayah komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Selangor sedang mengesan 115 individu bagi membantu siasatan berkaitan jenayah komersial di negeri ini sejak tahun 2003 sehingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner, Fazlisyam Abd. Majid berkata, kesemua suspek tersebut berusia lingkungan 19 hingga 60 tahun dan ada yang menetap di luar negeri ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 29 orang adalah wanita dan selebihnya lelaki melibatkan pelbagai bangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 94 individu terlibat dengan jenayah penipuan, pecah amanah (15), Akta Penapisan Filem (4) dan masing-masing seorang suspek berkaitan kes Akta Pemberian Pinjaman Wang dan Akta Jenayah Komputer.

“Kesemua individu ini terlibat dengan pelbagai jenayah komersial di sekitar negeri ini sejak tahun 2003 sehingga  kini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Fazlisyam berkata, JSJK Selangor berharap semua individu berkenaan tampil memberi kerjasama dengan menghubungi pegawai penyiasat agar tindakan boleh dilengkapkan.

Jelas beliau, kesemua gambar suspek akan dipaparkan di dalam akaun rasmi Facebook Polis Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini juga boleh menyalurkan maklumat terus kepada pegawai penyiasat kami atau terus ke balai-balai berdekatan.

“Kita juga sedang meneruskan usaha mengesan individu ini agar kesemua suspek dapat dikesan dan seteruskan tindakan sewajarnya dapat diambil dalam masa terdekat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini