Pendakwaan suspek pencemaran toksik ditangguh, tambah maklumat kertas siasatan - Utusan Malaysia

Pendakwaan suspek pencemaran toksik ditangguh, tambah maklumat kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Mac – Pendakwaan ke atas seorang pengusaha kilang tayar kitar semula yang dipercayai mengakibatkan pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Pasir Gudang tidak diadakan pada hari ini.

SAHRUDDIN JAMAL
SAHRUDDIN JAMAL 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri masih menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Kertas siasatan mahkamah telah dihantar kepada Pejabat DPP dan pihak JAS diminta untuk menambah beberapa lagi maklumat untuk melengkapkan kertas siasatan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, pendakwaan masih belum dapat dibuat lagi sehingga arahan lanjut daripada pihak DPP diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, lebih 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah di sini seawal pukul 7 pagi untuk membuat liputan mengenai pendakwaan tersebut.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kertas siasatan berhubung kejadian itu diserahkan kepada pejabat DPP untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000, jika disabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini