Peruntukan RM6.4 juta bersihkan Sungai Kim Kim - Utusan Malaysia

Peruntukan RM6.4 juta bersihkan Sungai Kim Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Mac – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan berjumlah RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan dan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sejak seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, peruntukan kecemasan itu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 km daripada sisa pencemaran ke hilir sungai.

“Beberapa kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan segera kerja-kerja pembersihan ini agar langkah kawalan dapat dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pusat Arahan Kawalan Keselamatan telah diwujudkan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Johor Bahru terletak di Aras 3, Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan di sini tengah malam tadi.

Beliau memberitahu, Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd. Ridha dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana (JPBB) Johor untuk menyelaras tugas-tugas pemantauan, kawalan dan keselamatan selama 24 jam.

Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak untuk bertenang dan mengikuti perkembangan terkini menerusi sumber rasmi yang disahkan faktanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini