BERBAKAT. Kira-kira 30 pelajar Angkatan Kebudayaan, Seni dan Warisan (Aksi), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) membuat persembahan pada Program Santai Seni Bersama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2019 di Menara Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Penyelaras program, Nur Farrah Azwa Jasni berkata, program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Teater Alor Setar (Pentas).
“Melalui program ini, pelajar Aksi dapat mengetengahkan bakat masing-masing dalam pelbagai bidang seni melalui persembahan seperti deklamasi sajak, syair, nyanyian, tarian dan monolog.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Selain itu, kami turut melancarkan tabung ikhlas bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.











