Karius tak terima gaji 4 bulan - Utusan Malaysia

Karius tak terima gaji 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mac – Loris Karius mengambil tindakan undang-undang terhadap Besiktas selepas mendakwa kelab Turki itu sudah empat bulan tidak membayar gajinya.

Karius, 25, sudah mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan masih menunggu bayaran keseluruhan sekitar 1 juta pound (RM5.30 juta) yang belum dilunaskan, lapor media Jerman.

Penjaga gol dari Jerman itu kini dipinjamkan oleh Liverpool kepada Besiktas selama dua tahun, dan dia tidak bercadang untuk kekal lama di Turki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut akhbar Jerman, Bild, Karius memberi tempoh 10 hari kepada kelab untuk melangsaikan hutang dan mereka sudah melewati tarikh akhir yang diberikan tetapi belum ada sebarang penyelesaian dicapai.

FIFA kini terpaksa campur tangan dalam isu tersebut dan denda mungkin dikenakan terhadap Besiktas sekiranya mereka masih gagal membuat pembayaran.

Ketika ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh kelab Turki itu, namun kelmarin, jurulatih mereka, Senol Gunes menyelar Karius kerana melakukan kesilapan ketika pasukan itu mengalahkan Konyaspor 3-2 dalam saingan Super Lig, Isnin lalu.

“Dia melakukan kesilapan untuk semua gol yang dilepaskan. Dia tidak merasakan dirinya sebahagian daripada pasukan dan perkara ini perlu diperbetulkan,” kata Gunes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini