Chong Wei belum pasti kembali - Utusan Malaysia

Chong Wei belum pasti kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Biarpun namanya sudah didaftarkan dalam Terbuka Malaysia bulan depan, namun Datuk Lee Chong Wei belum pasti akan beraksi dalam kejohanan itu.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tidak dapat memberi jaminan bekas pemain No. 1 dunia itu akan turun dalam kejohanan yang dijadual berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 2-7 April ini kerana belum mendapat surat kebenaran doktor.

“Saya difahamkan beliau perlu mendapat kebenaran daripada doktor yang merawatnya minggu depan, jadi kita tunggu keputusan tersebut. Sebagaimana yang kita katakan sebelum ini kesihatan beliau (Chong Wei) lebih penting.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jualan tiket untuk Terbuka Malaysia juga agak baik, mungkin disebabkan peminat ingin melihat Chong Wei kembali beraksi, namun kita harus bersikap adil kepada beliau kerana kita hendak beliau kembali kepada keadaan asal,” kata Mohamad Norza selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga MOM ke-11 bagi penggal 2018-2021 di sini, hari ini.

Chong Wei sebelum ini berehat panjang kerana menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.

Berdasarkan undian yang dikeluarkan baru-baru ini, Chong Wei yang merupakan juara Terbuka Malaysia 12 kali bakal berdepan pemain No. 1 India, K. Srikanth pada pusingan pertama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini