Wartawan Kumpulan Utusan bolot dua anugerah Media MBPJ - Utusan Malaysia

Wartawan Kumpulan Utusan bolot dua anugerah Media MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 13 Mac – Utusan Malaysia memenangi dua anugerah pada Majlis Apresiasi Media anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Mohd. Fadhil Abdollah dari Mangga Media (Utusan Karya) memenangi Anugerah Penghargaan Liputan Berita Media Hiburan, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta sijil dan plak penghargaan.

Wartawan Utusan Malaysia, Nik Hafizul Baharuddin pula menang hadiah saguhati Anugerah Media Elektronik dan Digital dan membawa pulang wang tunai RM500 beserta sijil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anugerah disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain dalam majlis yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ.

Anugerah Media MBPJ diberikan kepada wartawan dan jurufoto dalam liputan berita dan artikel bagi kategori Anugerah Media Cetak Terbaik, Anugerah Media Elektronik dan Digital Terbaik serta Anugerah Penghargaan Liputan Berita Media Hiburan, Radio dan Fotografi.

Penganugerahan dipilih berdasarkan kualiti dan impak positif laporan berita, editorial, advertorial, rangkuman isu serta gambar-gambar pelbagai aktiviti anjuran MBPJ.

Sementara itu, Mohd. Azizi berkata, majlis itu bertujuan merapatkan hubungan selain menghargai dan mengiktiraf pengamal media yang banyak memberikan sokongan kepada pihaknya dalam setiap berita yang dilaporkan.

“Saya berharap dengan jalinan kerjasama yang erat ini, rakan media akan saling berinteraksi dalam menyebar luas maklumat kepada orang ramai khususnya penduduk Petaling Jaya.

“Sebaran maklumat yang tepat dan jelas dapat meningkatkan lagi kefahaman warga Petaling Jaya terhadap perkhidmatan perbandaran MBPJ selaras dengan kehendak dan ekspektasi mereka,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis yang dihadiri kira-kira 100 pengamal media.

Yang hadir sama Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini