Jangan pandang kementerian saya sebelah mata - Salahuddin - Utusan Malaysia

Jangan pandang kementerian saya sebelah mata – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memerlukan peruntukan yang lebih besar dalam usaha menjadikan pertanian sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Untuk itu menterinya, Datuk Salahuddin Ayub memberitahu, selepas ini beliau akan lebih lantang bersuara agar kementerian itu mendapat peruntukan yang lebih tinggi menerusi belanjawan yang akan datang.

“Insya-Allah tahun hadapan kita akan dapat peruntukan yang lebih mencukupi untuk membantu mencapai dasar agromakanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai menteri selepas ini saya akan lebih lantang supaya jangan lagi kementerian ini dipandang sepi, dipandang sebelah masa sahaja,” katanya ketika pra-sidang media BioUsahawan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. (Bioeconomy Corp), Dr. Mohd. Shuhaizam Mohd. Zain.

Dalam majlis tersebut, Salahuddin turut memberitahu kementeriannya akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat Bioeconomy Corp untuk mengadakan program BioUsahawan.- UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini