Kami tahu kami di bawah tekanan - Klopp - Utusan Malaysia

Kami tahu kami di bawah tekanan – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mac – Jurgen Klopp menyedari Liverpool berada di bawah tekanan untuk mencari kejayaan bagaimanapun jurulatih The Reds itu menegaskan harapan yang diletakkan di bawah mereka tidak akan menjejaskan persembahan pasukan.

Liverpool ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dalam perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan akan bertemu Bayern Munich dalam aksi timbal balik kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi esok (waktu Malaysia).

The Reds berdepan krisis kecederaan apabila Trent Alexander-Arnold bergelut dengan masalah sakit di belakang badan dan pemain tengah, Naby Keita juga tidak boleh diturunkan namun Klopp berkeyakinan tinggi pasukannya mampu memberi aksi terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga kini dia masih belum menghadiahkan trofi kepada Liverpool sejak tiba di Anfield pada 2015 bagaiamanapun Klopp percaya mereka semakin menghampirinya.

“Tekanan dan trofi? Jika anda datang ke England, orang di sana akan tanya soalan yang sama dan terima jawapan yang sama.

“Kami tidak menetapkan tekanan ini. Kami mahu menjadi juara, kami tidak bodoh namun kami tidak ada pengalaman untuk berdepan tekanan seperti ini.

“Kami beraksi dalam kejohanan yang paling sukar begitu juga perebutan EPL dengan City namun kami pasukan muda dan boleh membangun.

“Perlawanan ini amat penting, lebih penting daripada aksi yang akan mendatang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini