MEXICO CITY 13 Mac – Organisasi bebas, Reporters Without Borders menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat pembunuhan 102 wartawan yang berlaku daripada tempoh 2012 hingga 2018.
Dalam tempoh sama, kira-kira 14 orang wartawan turut dilaporkan hilang.
Setiausaha Agungnya, Christophe Deloire menyifatkan kes tersebut sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
“Ini adalah jenayah kemanusiaan yang dianggap sebagai serangan sistematik terhadap populasi awam: wartawan,” katanya.-AFP











