SEPAKAT. Malaysian Relief Agency (MRA) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi memperkukuh kerjasama dalam kerja-kerja kemasyarakatan bagi kedua-dua pihak.
Majlis memeterai memorandum di Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan itu diwakili oleh Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman manakala bagi pihak USIM pula ialah Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad.
MRA akan bekerjasama dengan pihak USIM dalam melaksanakan misi kemanusiaan di lapangan, kajian kemasyarakatan, latihan dan bengkel mahasiswa, penyelidikan serta pelbagai aktiviti berunsur penerbitan dan akademik.
Menerusi kerjasama strategik itu, mahasiswa akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran lapangan yang berstruktur agar dapat melahirkan graduan beriltizam tinggi, dinamik dan prihatin dengan persekitaran sekeliling.











