JAKARTA 13 Mac – Calon Presiden (Capres) Indonesia nombor dua, Prabowo Subianto berjanji akan membuat perubahan besaran-besaran termasuk menaikkan gaji kakitangan sektor kesihatan, tentera, polis dan guru sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk menerajui Indonesia sebagai presiden negara itu.
“Kita akan membuat penambaikkan gaji penjawat awam, guru, doktor, jururawat, bidan dan pekerja sektor kesihatan. Kita juga akan ‘memperbaiki’ gaji dan cara kehidupan mereka yang lebih baik.
“Kita juga akan menambah bilangan anggota polis, bukannya mengecilkan,” katanya ketika berucap dalam majlis bertemu rakyat Kabupaten Cianjur di Gedung Assakinah, Cianjur, Jawa Barat, semalam.
Lapor Tribun News, dalam ucapan itu, Prabowo juga tidak melupakan jasa dan pengorbanan Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang memperjuangkan kedaulatan tanah air.
Prabowo berkata, kekuatan pasukan ketenteraan akan ditingkatkan serta disegani di peringkat antarabangsa. -AGENSI











