TURIN 13 Mac – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo menyifatkan kemenangan 3-0 Juventus ke atas Atletico Madrid dalam saingan peringkat 16 akhir kedua Liga Juara-Juara, hari ini sebagai malam yang luar biasa buat juara Itali itu.
Juventus ketinggalan 2-0 dalam aksi pertama mereka di tempat lawan bulan lalu, namun bangkit menerusi persembahan cemerlang dengan Ronaldo meledak hatrik bagi mengesahkan kemaraan pasukannya ke suku akhir menerusi agregat 3-2.
“Bagi saya, malam ini adalah malam yang istimewa. Bukan sahaja kerana jaringan itu, tetapi untuk pasukan.
“Inilah mentaliti juara. Faktor ini yang mendorong Juve untuk mendapatkan khidmat saya bagi membantu meraih malam yang magis seperti hari ini,” katanya.
Kekalahan Atletico sekali gus meranapkan harapan mereka untuk beraksi di pentas akhir di laman sendiri, Stadium Wanda Metropolitano pada 1 Jun ini.- AFP











