MAX 8 : New Zealand tutup ruang udara - Utusan Malaysia

MAX 8 : New Zealand tutup ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 13 Mac – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) New Zealand pagi ini mengumumkan larangan terhadap pesawat Boeing 737 MAX daripada memasuki ruang udara negara susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines dekat Addis Ababa pada Ahad lalu.

Menurut CAA, larangan sementara itu dilaksanakan selepas perbincangan bersama beberapa pihak berkuasa lain berkaitan keselamatan penerbangan.

CAA memaklumkan, ketika ini hanya syarikat penerbangan Fiji Airways menerbangkan pesawat 737 MAX ke New Zealand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat penerbangan negara, Air New Zealand tidak memiliki pesawat jenis itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini