Tak semestinya kena letak calon besar - Utusan Malaysia

Tak semestinya kena letak calon besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pakatan Harapan (PH) tidak semestinya perlu meletakkan calon nama besar untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Dr. S. Streram layak untuk dikekalkan sebagai calon kerana dinafikan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ekoran terdapat­nya penipuan.

“Sekarang didapati PRU di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat di situ. Jadi orang yang lama diletakkan di situ,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu, BN berpeluang untuk menang jika meletakkan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon dalam PRK tersebut.

Menurut beliau, PH ber­depan laluan mencabar untuk merampas kerusi DUN Rantau tetapi mungkin boleh memberi saingan dengan ke­kuatan jentera dan strategi yang tepat.

“Kita akui perjalanan ke Rantau itu mungkin menghadapi satu cabaran besar sekiranya UMNO me­letakkan Mohamad sebagai calon.

“Sudah tentu beliau mempunyai kelebihan (berbanding Dr. Streram) memandangkan Mohamad adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga selaku wakil rakyat di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim me­ngumumkan Dr. Streram yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau di­umumkan sebagai calon PH bagi PRK DUN Rantau, 9 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini