Kerber dipaksa bermandi peluh - Utusan Malaysia

Kerber dipaksa bermandi peluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIAN WELLS 12 Mac – Juara Grand Slam tiga kali, Angelique Kerber terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain daripada pusingan kelayakan, Natalia Vikhlyantseva untuk mara ke pusingan keempat Indian Wells Masters.

Pemain kelapan dunia, Kerber dikejutkan dengan wakil dari Rusia yang mempunyai ranking ke-112 sebelum mencatat kemenangan dengan keputusan 3-6, 6-1, 6-3.

“Saya fikir perlawanan ini memberi keyakinan bahawa saya mampu mengubah keputusan perlawanan dan saya juga boleh bermain tiga set serta percaya kepada diri sendiri,” kata Kerber.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerber akan bertemu pemain pilihan kesembilan, Aryna Sabalenka dari Belarus selepas dia menewaskan Lesia Tsurenko 6-2, 7-5.

Dalam pada itu, juara bertahan, Naomi Osaka tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil tuan rumah, Danielle Rose Collins dengan keputusan 6-4, 6-2. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini