Semangat Karius sudah tiada - Utusan Malaysia

Semangat Karius sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 12 Mac – Kesilapan terbaharu yang dilakukan Loris Karius mengundang kritikan daripada pengendali Besiktas, Senol Gunes.

Gunes mengakui, dia akan menggugurkan penjaga gol Jerman yang dipinjam dari Liverpool itu jika Tolga Zengin, 35, pulih dan bersedia untuk diturunkan.

Karius, 25, menyertai Besiktas menerusi pinjaman dua tahun pada Ogos lalu selepas mengalami ‘mimpi ngeri’ dalam final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam saingan Super Lig Turki semalam, Karius melakukan kesilapan yang nembolehkan Omer Ali Sahiner meledak gol penyamaan buat Konyaspor.

Dia diejek oleh penyokong sendiri selepas Besiktas menutup saingan dengan keputusan seri 2-2.

“Dia melakukan kesilapan untuk gol-gol yang dilepaskan.

“Karius sudah terlalu ‘stagnant’, kadangkala semuanya tidak kena daripada pergerakan, motivasi dan semangatnya terhadap perlawanan.

“Keadaan memang begitu sejak awal. Dia tidak merasakan dirinya sebahagian daripada pasukan, ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu diubah.

“Ada sesuatu yang tidak kena. Kadangkala, dia juga tidak bernasib baik. Dia ada bakat tetapi dia kena atasi masalah yang dihadapi kerana ia juga memberi masalah kepada pasukan,” kata Gunes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini